nuffnang

ohbelog

apesal

rakan blog

Tambah Trafik Anda

latest posts

Thursday, March 1, 2012

Rumah Nabil Kena Pecah Masuk

SEREMBAN - Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di sini, semalam (Rabu). 
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.55 pagi itu, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah mereka melalui sebuah bilik daripada rumah itu yang didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian itu disedarinya sebaik pulang ke rumah sebaik sahaja menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.
Katanya, setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati berjaya melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000. 

"Kejadian ini yang pertama berlaku di rumah ini dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...